Sunday, January 23, 2011

Puding Caramel..yum..yummy..

Puding Caramel

P1160034
Resipi simple, tapi ramai kata sedapp...








Bahan-bahan ( satu family )

  • 10 biji telur
  • 1 gelas susu pekat
  • 1 gelas air
  • 1 st esen vanilla
  • 5 sudu besar gula
  • Hiasan tak perlu...dalam gambar tu buat untuk hantaran adik bertunang

Cara-cara

  1. panaskan gula di atas api perlahan, sebaiknya guna loyang untuk buat kukus puding, bila colour bertukar jadi perang dan gula dah cair tutup api...colour gula jgn gelap sangat nanti pahit
  2. Masukkan semua bahan kecuali gula ke dalam blender dan blend. bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang ada gula tadi dan kukus lebih kurang 20 hingga 25 minit.
  3. bila masak, angkat dan sejukkan sebentar dan boleh diterbalikkan ke dalam bekas yang sesuai
  4. boleh la makan....sedap dimakan sejuk..

duduk je

hujung minggu ini, aku duduk di rumah sahaja, maklumlah kelmarin dah berjalan 'outstation ' gitulah bunyinya.
Sepetang bersama rakan-rakan kelmarin agak menyeronokkan apatah  lagi bersama tiga rakan yang lain yang baru mengenali mereka dalam beberapa kali perjumpaan.  Seronok..... apa tah lagi rakan iku yang seorang ini agak lucu orangnya... sedang kita fokus memandu.... tiba dipersimpangan masuk ke Lawas , timbul isu tentang penggunaan kad yang boleh ditukar ganti dengan istilah ' hantu cina'.... ketawaku hingga mengalir airmata kerana lucu  yang amat sangat.... hai tini...tini mengapalah kau timbulkan isu . hantu cina tu... geli hati ku tak sudah.tiba di dewan ceramah .. ketawa kami masih belum berakhir... terima kasih rakan-rakanku... terhibur jua hatiku yang lara itu... namun hari ini aku  bosan.... tak ada nak di buat... cuaca pun tak menentu ... nak hujan agaknya..aku pasrah dengan ketentuan ilahi