Thursday, July 7, 2011

perkhidmatan telefonku

Assalamualaikum, salam sejahtera... salam muhibbah..... salam persaudaraan......

Ketika aku sedang berfikir.... sejenak berfikir tentang apa yang hendak aku kongsikan ..... tiba-tiba .... telefonku berbunyi..... helllo.... pasti mukadimahnya.... sebagai penyambung salam... di talian handphoneku..... rupa-rupanya rakan seperjuanganku.... menelefon.... suaranya agak ceria....... 

Syukur ...... beliau berterima kasih kepadaku mengembalikan keceriaan dalam hidupnya ........syukuran..... semangat nya kembali berputik semula... aku sebagai rakan bersyukur ......  bagiku jika aku  mampu 
berkongsi rasa. suka, duka.....bersamanya..... pasti akupun tumpang gembira...... 

kelmarin... hari nya.....hari ini juga harinya...... esok.... lusa..... tulat....... mungkin hari kita..... hanya Allah saja yang tahu........

:Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan memudahkan urusan di dunia dan akhirat.... amin......


Sunday, July 3, 2011

jujur dan percaya

Sering kita mempersoalkan  kejujuran  dan
kepercayaan  saling berhubung kait. Tapi dalam dunia globalisasi  ini adakah kejujuran dan kepercayaan masih diaplikasikan dalam kehidupan seharian.  Masihkah kita percaya dengan kejujuran seseorang jika  dia mengulangi kesilapan   yang sama.
Bolehkah kita mempercayai seseorang itu hari ini dia berkata "oh sorry, aku tak akan buat lagi, sumpah... janji aku tak buat lagi  ..... tapi mengapa perkara yang sama diulangi lagi.....
Aku serik, bosan  .... benci   ..... bila seseorang bersikap begini........


“Senantiasalah kalian jujur, karena sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebajikan, dan kebajikan membawa kepada surga. Seseorang yang senantiasa jujur dan berusaha untuk selalu jujur, akhirnya ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang selalu jujur. Dan jauhilah kedustaan karena kedustaan itu membawa kepada kemaksiatan, dan kemaksiatan membawa ke neraka. Seseorang yang senantiasa berdusta dan selalu berdusta, hingga akhirnya ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta.” (HR al-Bukhari dan Muslim, teks hadis mengikuti versi Muslim)    

Saturday, July 2, 2011

sedih dan kecewa

salam sejahtera untuk pembaca blogku sekalian,
apa khabar, sihat, harap senyum dan ceria selalu,
tajuk kali ini ialah sedih dan kecewa.  Semua  insan yang ada di dunia pasti mengalami perasaan sedih   dan kecewa                 Kesedihan dan kekecewaan akan bertambah    parah jika tidak ditanggani dengan matang dan bersabar.  Seperti aku juga, ketika ini aku sedih dan kecewa.
Tidak dapat digambarkan perasaanku ini,  hanya dengan meluahkan di laman blogku ini dapat meringankan   rasa sedih yang pedih di  hati.       Apa sebenarnya yang belum lagi memuaskan hati nuraninya hingga aku sering disakiti.  Kerapkali aku bertanya, apa dan mengapa sebenarnya yang dimahukan olehnya   sehingga apa sahaja yang kulakukan buruk dimata, busuk dihati ......Apakah tiada yang baik yang kulakukan pada pandangannya, sehingga apa sahaja nampak janggal dan tiada yang betul......?????????????Dan yang paling menyedihkan mengapa dia sanggup mengadu domba berkata itu dan ini,,,,, kepada orang lain...... Jahat sangat kah aku ini........
Aduhai insan yang bergelar ............. jaga mulutmu... jaga tingkahlakumu.....jaga pandanganmu... hari ini, hari esok... tulat.,,,,,, hatiku masih terbuka untuk memaafkanmu..... jangan tunggu aku....... berpatah hati...... berjauh hati..... 
Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan…” (Al-Hujurat, 6)
....... sekian...... wasaalam...... terima kasih...... 

Sunday, January 23, 2011

Puding Caramel..yum..yummy..

Puding Caramel

P1160034
Resipi simple, tapi ramai kata sedapp...








Bahan-bahan ( satu family )

  • 10 biji telur
  • 1 gelas susu pekat
  • 1 gelas air
  • 1 st esen vanilla
  • 5 sudu besar gula
  • Hiasan tak perlu...dalam gambar tu buat untuk hantaran adik bertunang

Cara-cara

  1. panaskan gula di atas api perlahan, sebaiknya guna loyang untuk buat kukus puding, bila colour bertukar jadi perang dan gula dah cair tutup api...colour gula jgn gelap sangat nanti pahit
  2. Masukkan semua bahan kecuali gula ke dalam blender dan blend. bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang ada gula tadi dan kukus lebih kurang 20 hingga 25 minit.
  3. bila masak, angkat dan sejukkan sebentar dan boleh diterbalikkan ke dalam bekas yang sesuai
  4. boleh la makan....sedap dimakan sejuk..

duduk je

hujung minggu ini, aku duduk di rumah sahaja, maklumlah kelmarin dah berjalan 'outstation ' gitulah bunyinya.
Sepetang bersama rakan-rakan kelmarin agak menyeronokkan apatah  lagi bersama tiga rakan yang lain yang baru mengenali mereka dalam beberapa kali perjumpaan.  Seronok..... apa tah lagi rakan iku yang seorang ini agak lucu orangnya... sedang kita fokus memandu.... tiba dipersimpangan masuk ke Lawas , timbul isu tentang penggunaan kad yang boleh ditukar ganti dengan istilah ' hantu cina'.... ketawaku hingga mengalir airmata kerana lucu  yang amat sangat.... hai tini...tini mengapalah kau timbulkan isu . hantu cina tu... geli hati ku tak sudah.tiba di dewan ceramah .. ketawa kami masih belum berakhir... terima kasih rakan-rakanku... terhibur jua hatiku yang lara itu... namun hari ini aku  bosan.... tak ada nak di buat... cuaca pun tak menentu ... nak hujan agaknya..aku pasrah dengan ketentuan ilahi