Saturday, July 2, 2011

sedih dan kecewa

salam sejahtera untuk pembaca blogku sekalian,
apa khabar, sihat, harap senyum dan ceria selalu,
tajuk kali ini ialah sedih dan kecewa.  Semua  insan yang ada di dunia pasti mengalami perasaan sedih   dan kecewa                 Kesedihan dan kekecewaan akan bertambah    parah jika tidak ditanggani dengan matang dan bersabar.  Seperti aku juga, ketika ini aku sedih dan kecewa.
Tidak dapat digambarkan perasaanku ini,  hanya dengan meluahkan di laman blogku ini dapat meringankan   rasa sedih yang pedih di  hati.       Apa sebenarnya yang belum lagi memuaskan hati nuraninya hingga aku sering disakiti.  Kerapkali aku bertanya, apa dan mengapa sebenarnya yang dimahukan olehnya   sehingga apa sahaja yang kulakukan buruk dimata, busuk dihati ......Apakah tiada yang baik yang kulakukan pada pandangannya, sehingga apa sahaja nampak janggal dan tiada yang betul......?????????????Dan yang paling menyedihkan mengapa dia sanggup mengadu domba berkata itu dan ini,,,,, kepada orang lain...... Jahat sangat kah aku ini........
Aduhai insan yang bergelar ............. jaga mulutmu... jaga tingkahlakumu.....jaga pandanganmu... hari ini, hari esok... tulat.,,,,,, hatiku masih terbuka untuk memaafkanmu..... jangan tunggu aku....... berpatah hati...... berjauh hati..... 
Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan…” (Al-Hujurat, 6)
....... sekian...... wasaalam...... terima kasih...... 

No comments:

Post a Comment